fb fb fb fb fb

Minta rasuah secara bulanan, pengarah agensi kawal selia direman 7 hari

 



ALOR SETAR, 28 Januari- Seorang pengarah penguat kuasa sebuah agensi kawal selia direman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majisret Alor Setar oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Kedah membuat permohonan tersebut pagi ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu dibawa ke Kedah untuk permohonan reman selepas ditahan pada 12 tengah hari semalam di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Tangkapan itu dipercayai merupakan lanjutan daripada penahanan lebih 25 individu pada pertengahan bulan ini bagi membantu siasatan terhadap kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.

Kontrak kerja-kerja pembersihan terbabit bernilai RM3.1 juta.

Pengarah SPRM Kedah,Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Media Baharu