fb fb fb fb fb

Mesyuarat PM bersama kapten industri di Jerman, berpotensi tarik pelaburan RM45.4 bilion

Perdana Menteri (tengah) menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Bersama Kapten Industri di Berlin/Foto PMO

BERLIN, 12 Mac- Mesyuarat Meja Bulat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 38 kapten industri dan pertemuan bersemuka dengan lima syarikat utama di Jerman, berjaya menarik minat pelaburan baharu dan pertambahan pelaburan sedia ada.

Menurut Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM45.4 bilion.

"Dan juga ada pelaburan baharu yang telah dipersetujui daripada Mesyuarat Meja Bulat dan juga satu mesyuarat hari ini dengan potensi atau pelaburan sejumlah RM45.4 bilion. Potensi pelaburan ini merangkumi penambahan pelaburan yang sedia ada dan juga pelaburan baharu.

"Pelaburan-pelaburan ini dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa, peranti perubatan, kimia dan juga perkhidmatan, melalui sesi libat urus bersama-sama dengan syarikat-syarikat yang kita berjumpa pada hari ini.

"Ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap polisi, polisi kerajaan dan kestabilan politik juga. Mereka juga memang telah lama di Malaysia", katanya kepada media selepas menyertai kedua-dua program berkenaan.

Selain Tengku Datuk Seri Zafrul, turut sama adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict.

Mesyuarat Meja bulat berlangsung kira-kira satu jam.

Sementara, pertemuan bersemuka dengan lima buah syarikat, mengambil masa kira-kira 20 minit bagi setiap satu syarikat.

 

1203 PM PERTEMUANSesi pertemuan bersemuka antara Perdana Menteri dan syarikat-syarikat utama di Jerman/PMO

ROSLINA BINTI DIN