fb fb fb fb fb

Melaka bakal paten jambu batu Lohan

Jambu batu Lohan

MELAKA, 6 Januari- Melaka bakal mempatenkan jambu batu Lohan sebagai ikon produk buah-buahan tempatan di negeri itu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, buah berkenaan akan dilancarkan secara rasmi pada Jun depan sempena bulan pertanian untuk Tahun Melawat Melaka 2024.

"Jun nanti adalah bulan bawah portfolio pertanian, jadi kita akan buat 'agrofest' (festival agro) dan kita akan lancarkan (jambu batu Lohan).

"(Selain itu), kita akan adakan pesta durian yang terbesar di Asia Tenggara, semuanya pada Jun nanti, jadi semua dijemput hadir," katanya ketika ditemui pemberita di Pulau Undan, sini.

Ketika ini, terdapat lima pengusaha jambu batu Lohan yang aktif di Melaka dalam memastikan bekalan jambu itu mencukupi bagi negeri berkenaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA