MCMC siasat kegiatan akaun palsu sebar kandungan hina institusi diraja

Sejumlah akaun palsu diwujudkan dengan tidak mempunyai pengikut

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat kegiatan akaun palsu yang dipercayai digunakan bertujuan menyebarkan kandungan menghina institusi diraja menerusi platform media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 2,000 kandungan dijana AI atau bersifat jelik, termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong.
  • Lebih 600 akaun palsu dipercayai terlibat, kebanyakannya berpangkalan di luar negara.
  • MCMC menerima aduan serangan terhadap Tuanku Muhriz di Threads; akaun palsu dicipta kira-kira sebulan lalu tanpa pengikut.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mendedahkan, lebih 2,000 kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau bersifat jelik serta melampau, termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong telah dikenal pasti.

“Selain itu, lebih 600 akaun palsu dipercayai terlibat dalam penyebaran kandungan berkenaan, dengan siasatan awal mendapati kebanyakannya berpangkalan di luar negara.

“Pihak MCMC telah mengenalpasti akaun-akaun palsu berkenaan yang kebanyakannya daripada luar negara dan keadaan itu agak membimbangkan.

“MCMC masih menjalankan siasatan dan sekiranya telah mengenalpasti individu-individu tertentu, kita akan hadapkan mereka ke muka pengadilan,”katanya.

Dalam pada itu, MCMC turut menerima aduan mengenai serangan terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerusi platform Threads.

“Sejumlah akaun palsu dipercayai diwujudkan kira-kira sebulan lalu dengan akaun berkenaan tidak mempunyai pengikut sehingga menimbulkan keraguan bahawa kewujudan akaun berkenaan adalah bagi tujuan tertentu dan MCMC masih menjalankan siasatan,”katanya selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.