KUALA LUMPUR, 1 Mac- Masjid dan surau bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta memberikan kemudahan terbaik sepanjang Ramadan bagi menyantuni para jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menerusi hantaran Facebook juga memaklumkan bahawa Program Ihya' Ramadan telah disusun dan ia akan dianjurkan pelbagai agensi di kementerian berkenaan.
"Selamat menyambut bulan Ramadan dengan amalan dan penghayatan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini.
"Semoga Allah memberikan kekuatan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini," menurut hantaran itu.