Masjid baharu berkapasiti 1,500 jemaah dibina di Bukit Bintang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyampaikan ucapan ketika hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang hari ini. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Sebuah masjid baharu yang mampu memuatkan lebih 1,500 jemaah akan dibina di Bukit Bintang dan dijangka siap awal tahun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Reka bentuk dan pelan masjid telah disediakan; kerja fizikal akan dimulakan segera.
  • Outreach Oasis Bukit Bintang mula mengadakan Solat Jumaat buat pertama kali untuk memenuhi keperluan komuniti.
  • Kerjasama JAWI, MAIWP, Wadah, ABIM dan OOBB berjaya menarik sambutan jemaah, walaupun ruang surau terhad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata reka bentuk serta pelan masjid itu sudah disediakan, manakala kerja fizikal akan dimulakan segera.

Sementara menunggu masjid baharu itu siap, pusat komuniti Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) mula melaksanakan Solat Jumaat buat pertama kali hari ini bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Usaha kecil ini kita mulakan pada 3 Muharam 1448H dengan mengadakan Solat Jumaat di Surau Jumaat Outreach Oasis Bukit Bintang.

“Dengan kerjasama agensi hal ehwal agama, termasuk JAWI, MAIWP, Wadah, ABIM dan OOBB, kita berjaya melaksanakan Solat Jumaat buat kali pertama di Bukit Bintang,” katanya.

Jelasnya, sambutan jemaah amat menggalakkan walaupun ruang surau berkenaan tidak begitu besar.

Beliau turut mengajak umat Islam di sekitar Bukit Bintang hadir menunaikan Solat Jumaat di lokasi itu sebagai sokongan terhadap usaha mengimarahkan syiar Islam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.