fb fb fb fb fb

Man Bai pilih kerjakan haji secara muassasah

(Man Bai atau nama sebenar Abdul Rahman Osman)

MAKKAH, 7 Julai- Datang untuk mencari keredhaan Allah, memohon keampunan-Nya.

Dalam kalangan jemaah muassasah, terselit seorang artis legenda tanah air, Man Bai atau nama sebenar Abdul Rahman Osman.

Beliau turut dilimpahi rezeki menunaikan haji tahun ini bersama lebih 14,000 jemaah Malaysia yang lain.

Ditemui di penginapan Maktab 46, Man Bai menganggap kehadirannya ke tanah suci sudah ditentukan yang Maha Esa, dan merupakan peluangnya untuk memohon keampunan serta meraih seberapa banyak ganjaran dan keberkatan daripada Allah swt.

"Saya nak baiki diri saya sebagai manusia di dunia dan di akhirat kerana saya banyak dosa. Banyak benda yang saya lakukan di dunia yang Allah saja tahu.

"Jadi saya ingin memohon pada-Nya untuk ampunkan dosa saya supaya apabila saya mati nanti azab kubur tidaklah terlampau terseksa sangat," bekas penyanyi kumpulan rock Gersang itu yang cukup popular dengan lagu Masih Aku Terasa pada era 1980-an.

Berita Berkaitan
TH nasihat umat islam, hati-hati dengan pakej haji tidak berlesen
Haji: Kekalkan imej baik negara, jaga kebersihan ketika di masya'ir - Idris
Aplikasi TH Hujjaj, beri kemudahan kepada jemaah haji

(Man Bai (kiri) ditemui di penginapannya)

Man Bai tidak kisah untuk berada dalam kumpulan haji muassasah, bukan haji berpakej seperti artis lain, kerana selain memperoleh pengalaman sebenar haji, tujuannya tidak lain adalah untuk mencari keredaan Ilahi.

Beliau sempat menitip doa buat rakan-rakan dalam industri hiburan agar urusan seharian mereka terus dipermudah.

Laporan Faisal Jamal.



(Faisal Jamal(kiri) bersama Man Bai)

Media Baharu