fb fb fb fb fb

Malaysia terima sumbangan peralatan perubatan RM19.3 juta daripada Jepun

ALOR SETAR, 9 Jun- Malaysia menerima sumbangan peralatan perubatan berjumlah RM19.3 juta daripada Jepun.

Sumbangan diserahkan Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Hospital Sultanah Bahiyah.

Menurut Khairy, Malaysia amat berbesar hati dengan sumbangan tersebut yang akan memanfaatkan hospital di negara ini terutama yang berada di luar bandar.

"Antara bantuan yang dihantar ialah katil ICU, mesin defibrilator, mesin diagnostik ultrasound dan pelbagai lagi peralatan perubatan.

Kerajaan Malaysia sangat berbesar hati dengan sumbangan berkenaan yang mengukuhkan hubungan bilateral bukan setakat hubungan pelaburan tetapi hubungan antara rakyat Jepun dan Malaysia," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini.

(Khairy Jamaluddin, ketika sesi sidang media selepas menerima
sumbangan peralatan perubatan daripada Jepun)

Sumbangan dari rakyat Jepun itu diuruskan oleh Japan International Cooperation Sistem (JICS) untuk membekal peralatan kritikal bagi merawat pesakit COVID-19 ketika wabak diisytihar berakhir.

Sumbangan melibatkan 248 unit peralatan yang akan diserahkan secara berperingkat kepada 81 hospital seluruh negara.

Tiga jabatan utama yang akan menerima manfaat terbesar ialah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi serta Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik.
 

Media Baharu