Malaysia rekod peningkatan 11.2 % pelancong tahun 2025, atasi kadar purata global

Malaysia rekod peningkatan 11.2 % pelancong tahun 2025, atasi kadar purata global./GAMBAR FAIL

PUTRAJAYA, 27 Februari – Malaysia merekodkan kehadiran 42.19 juta pelancong sepanjang tahun 2025, meningkat 11.2% berbanding 37.96 juta pelancong pada tahun sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan pelancongan melebihi purata global mencerminkan keyakinan pelawat antarabangsa terhadap Malaysia.
  • Pencapaian ini menunjukkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama di rantau Asia Pasifik.
  • Makluman rasmi disampaikan melalui laporan MOTAC dan sidang media kerajaan perpaduan.

Perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri melalui laporan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini, jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

“Kadar peningkatan 11.2% ini jauh mengatasi kadar purata global iaitu 4% peningkatan dan kadar peningkatan bagi pelawat-pelawat di Asia Pasifik iaitu 6% ini semestinya mencerminkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama yang terus diyakini pelawat antarabangsa” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan di Putrajaya hari ini.