
KUALA LUMPUR, 15 April – Malaysia kekal fokus memperkukuh kerjasama serantau melalui ‘Asia Zero Emission Community (AZEC)’ bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil, mencukupi dan berdaya tahan”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perkembangan di Asia Barat menjejaskan Selat Hormuz, menekankan kepentingan kestabilan bekalan tenaga untuk daya tahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
- Malaysia, sebagai negara pengeluar tenaga termasuk LNG, akan terus memainkan peranan konstruktif menyokong keselamatan tenaga serantau.
- Kerajaan akan mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu serta memperkukuh sistem tenaga sejajar keutamaan pembangunan negara.
- Penyertaan dalam AZEC Plus Online Summit on Energy Resilience atas undangan Jepun dan penghargaan kepada Perdana Menteri Sanae Takaichi.
Beliau berkata perkembangan terkini di Asia Barat yang menjejaskan Selat Hormuz, mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau,
“… di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu, serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara”, katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perkara itu dizahirkan menerusi penyertaan dalam AZEC Plus Online Summit on Energy Resilience’ atas undangan Kerajaan Jepun.
Datuk Seri Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, atas penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal.