Malaysia-Iran perkukuh kerjasama ekonomi

Foto Bernama

NEW DELHI, 12 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan tumpu memperluas perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
  • Hubungan kekal utuh berlandaskan prinsip berhemah, kepentingan nasional dan penghormatan kedaulatan.
  • Malaysia mengurus hubungan antarabangsa untuk melindungi kepentingan nasional dan menolak tindakan yang menjejaskan negara.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperluas perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Hubungan Malaysia dengan Iran kekal utuh dan terus berlandaskan prinsip berhemah, kepentingan nasional serta penghormatan terhadap kedaulatan negara lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan Malaysia akan mengurus hubungan antarabangsa dengan baik bagi memastikan negara tidak dilihat lemah.

Pada masa sama, menolak tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan nasional.

Pada 2025, perdagangan dua hala Malaysia-Iran berjumlah RM2.45 bilion, dengan eksport Malaysia bernilai RM2.17 bilion, merangkumi sebahagian besar daripada jumlah berkenaan.

Antara eksport utama Malaysia ialah minyak sawit, manakala import dari Iran merangkumi produk minyak dan gas.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.