Malaysia-Bangladesh perkukuh kerjasama, tangani isu serantau

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Jun – Malaysia dan Bangladesh bersetuju memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN, khususnya dalam usaha menangani isu serantau termasuk krisis pelarian Rohingya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan mekanisme ASEAN untuk mencari penyelesaian isu Rohingya, termasuk melalui libat urus dengan pihak berkuasa Myanmar.
  • Kerjasama diperlukan kerana isu Rohingya memberi kesan kepada Bangladesh dan Malaysia; usaha merangkumi bantuan kepada pelarian di kedua-dua negara.
  • Malaysia dan Bangladesh berkongsi pendirian antarabangsa, termasuk sokongan keamanan di Palestin dan usaha menghentikan kekejaman terhadap rakyat Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara tumpuan perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman sempena lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan mekanisme ASEAN bagi membantu mencari penyelesaian terhadap isu Rohingya, termasuk melalui penglibatan dengan pihak berkuasa Myanmar.

Katanya, kerjasama itu penting memandangkan isu berkenaan turut memberi kesan kepada Bangladesh dan Malaysia.

“Kita akan berusaha dan memainkan peranan dalam mencari penyelesaian terhadap nasib pelarian Rohingya, sama ada di Bangladesh mahupun di negara ini, selain menggunakan saluran Menteri Luar serta mekanisme ASEAN untuk mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa Myanmar bagi menyelesaikan sebahagian daripada isu tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Bangladesh, di sini.

Dalam masa sama, Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia dan Bangladesh turut berkongsi pendirian dalam beberapa isu antarabangsa, termasuk sokongan terhadap keamanan di Palestin dan usaha menghentikan kekejaman terhadap rakyat Gaza.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.