
PUTRAJAYA, 22 Jun – Malaysia dan Bangladesh terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi pemeteraian satu Memorandum Persefahaman (MoU) serta dua Pertukaran Nota (EoN) yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
- Majlis pemeteraian disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tarique Rahman selepas mesyuarat dua hala.
- Kerjasama merangkumi kebudayaan, penyelidikan anti-keganasan serta promosi dan fasilitasi pelaburan.
- Perdagangan 2025 merekodkan RM12.18 bilion; eksport didominasi produk petroleum, import terutamanya tekstil, pakaian dan kasut.
Majlis pemeteraan itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Bangladesh, Tarique Rahman, selepas kedua-dua pemimpin menghadiri mesyuarat dua hala.
Antara kerjasama yang dimeterai melibatkan bidang kebudayaan, penyelidikan anti-keganasan serta promosi dan fasilitasi pelaburan.
Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh merekodkan RM12.18 bilion (AS$2.84 bilion), dengan eksport Malaysia berjumlah RM10.08 bilion didominasi produk petroleum.
Import dari Bangladesh pula bernilai RM2.10 bilion, terutamanya tekstil, pakaian dan kasut.
Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia serta rakan dagang kedua terbesar di Asia Selatan selepas India.