
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah dan perasaan dukacita atas pemergian bekas Presiden Timor-Leste, Francisco Guterres.
- Ucapan takziah bagi pihak Malaysia kepada keluarga mendiang dan seluruh rakyat Timor-Leste melalui hantaran Facebook.
- Guterres antara tokoh generasi pejuang yang berjaya membawa Timor-Leste mencapai kemerdekaan.
- Beliau berjuang bertahun-tahun dengan nama 'Lú-Olo' sebelum menjadi Presiden Parlimen Nasional dan Ketua Negara.
- Sepanjang hayat beliau kekal memperjuangkan kebebasan, pembangunan demokrasi serta meninggalkan dedikasi dan legasi yang dikenang.
Ucapan dizahirkan bagi pihak Malaysia kepada keluarga mendiang, serta seluruh rakyat Timor-Leste menerusi hantaran di Facebook.
“Guterres merupakan antara tokoh generasi pejuang yang berjaya membawa Timor-Leste mencapai kemerdekaan.
“Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun dalam gerakan perjuangan dengan nama ‘Lú-Olo’, sebelum meneruskan khidmat kepada negara sebagai Presiden Parlimen Nasional dan seterusnya sebagai Ketua Negara,” katanya.
Menurut Datuk Seri Anwar, sepanjang hayatnya, Guterres kekal teguh memperjuangkan kebebasan rakyat, serta pembangunan sebuah negara yang demokratik.
Dedikasi, sumbangan dan legasi beliau kepada Timor-Leste akan sentiasa dikenang.