fb fb fb fb fb

Mahdzir Khalid dilantik Pengerusi KEDA baharu

Foto Facebook Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

ALOR SETAR, 1 Jun- Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan Datuk Seri Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tamat kontrak pada penghujung bulan lalu.

Sementara itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar, Pengurusan dan seluruh warga kerja KEDA serta anak-anak syarikat KEDA menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan itu.

"Selamat Berkhidmat, semoga dimudahkan segala urusan dan selamat maju jaya," menurut hantaran KEDA menerusi Facebook malam ini.

Berbekalkan pengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, pelantikan Datuk Seri Mahdzir dijangka memberi impak positif ke arah memperkasa peranan KEDA.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI