fb fb fb fb fb

Lonjakan kes COVID-19: tiada penutupan sektor ekonomi- Azmin

 



MUAR, 7 Februari- Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sekatan atau menutup beberapa sektor terutama sektor ekonomi biarpun negara berdepan peningkatan kes COVID-19 dan varian baharu Omicron.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata,jaminan itu juga diberikan kepada pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selepas melihat kepada impak penutupan sebelum ini.

Katanya, kerajaan turut mengambil kira kesan negatif terhadap ekonomi dan kadar pengangguran yang berlaku disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

“Ya, kerajaan umum tak akan PKP kerana kesan kepada ekonomi dan pengangguran negara pada awal 2020 meningkat kepada 5.3 peratus sehingga 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

“Kita tak boleh lagi melakukan sekatan pergerakan penuh kerana apa yang kita buat (kini) berdasarkan data dan sains untuk langkah-langkah kawalan. Kita lebih bersasar sekiranya ada kenaikan (kes).

“MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagan terpaksa gulung tikar,” katanya selepas melawat kilang elektronik dan mengadakan sesi bersama keluarga mangsa COVID_19 di kawasan perindustrian Tanjung Agas, di sini.

Tambah Azmin, , program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) membabitkan hampir dua juta pekerja sektor pembuatan merupakan antara inisiatif yang dilakukan MITI dalam memastikan sektor ekonomi tidak lagi terjejas.

Katanya, kerajaan juga telah meminda Akta 446 untuk memastikan tempat tinggal pekerja bersifat kondusif sebagai langkah proaktif untuk menangani masalah COVID-19 dengan cara lebih berkesan.

"Kita juga telah memperkenalkan mekanisme baharu yang dipanggil
inisiatif Safe@Work berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif Covid-19 di premis perniagaan," katanya.

Media Baharu