Letupan bom di Narathiwat : Kawalan keselamatan diperketat

Sebarang perkara berkaitan keselamatan rakyat, diberi keutamaan

KOTA BHARU, 2 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan kawalan di sempadan susulan insiden letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Tak Bai,Narathiwat, Isnin lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aspek keselamatan anggota bertugas dan rakyat diberi keutamaan oleh Kementerian Pertahanan.
  • Komunikasi serta pertukaran maklumat sentiasa dijalankan bersama pihak berkuasa Thailand.
  • Timbalan Menteri Pertahanan merasmikan Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur di Kem Desa Pahlawan, Ketereh.
  • Turut hadir Pengerusi LTAT Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Medan Barat Leftenan Jeneral Khairul Azmizal.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menyatakan walaupun insiden itu berlaku di luar sempadan negara, namun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan sama ada kepada anggota yang bertugas atau rakyat Malaysia.

“Komunikasi serta pertukaran maklumat sentiasa dilaksana bersama pihak berkuasa Thailand dan sebarang perkara berkaitan keselamatan rakyat memang diberi keutamaan,”katanya selepas merasmikan Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2026 Edisi Pantai Timur di Kem Desa Pahlawan, Ketereh di sini.

Turut hadir, Pengerusi LTAT, Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Sebelum ini, media melaporkan letupan bom yang berlaku di jalan di daerah Tak Bai, Narathiwat pada Isnin mengakibatkan kenderaan dinaiki dua rakyat Malaysia rosak teruk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.