fb fb fb fb fb

Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang di Senawang

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

SEREMBAN, 4 April- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang Paroi, Taman Rashidah Utama di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima aduan daripada orang awam berhubung insiden sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Viva yang melalui jalan tersebut pada pukul 4.11 petang.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan dan BBP Senawang bersama jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati lelaki berusia 48 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai kesihatan.

Keadaan kereta itu juga remuk akibat insiden tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AISHAH MD ISA