fb fb fb fb fb

Lebih RM29 bilion aset 1MDB dipulihkan, SPRM umum kejayaan terkini

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kejayaan terbaharu dalam usaha pemulihan aset berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan sejumlah RM14.67 juta dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan SPRM, sebahagian besar aset yang dipulihkan, berjumlah RM12.97 juta, adalah hasil penjualan hartanah serta pemindahan dana daripada akaun syarikat milik Tan Kim Loong, individu yang dikaitkan dengan Jho Low.

Selain itu, SPRM turut berjaya mendapatkan semula RM1.69 juta daripada Yak Yew Chee, bekas pegawai bank di Singapura yang sebelum ini disabitkan kesalahan berkaitan 1MDB.

Dana berkenaan telah dikreditkan ke Akaun Amanah Pemulihan Aset pada 21 Januari 2024.

SPRM dalam kenyataan sama menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dalam usaha mendapatkan semula aset negara yang telah diseleweng.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE