fb fb fb fb fb

Lebih ramai rakyat Sri Lanka masuk ke kediaman Presiden

COLOMBO, 13 Julai- Lebih ramai rakyat Sri Lanka dilihat memenuhi kediaman presiden dan sekretariat semalam.

Mereka mengambil kesempatan untuk memasuki rumah dan kawasan halaman, menjelajah bangunan yang dibina pada era kolonial itu.

Pihak keselamatan hanya mampu memerhatikan kumpulan tersebut, tanpa cuba untuk mengambil sebarang tindakan.

Ada yang telah berulang kali masuk ke kawasan itu untuk melihat kediaman mewah Presiden Sri Lanka dengan lebih dekat.

(Ribuan rakyat Sri Lanka beratur untuk memasuki kediaman Presiden/AFP)

Pemimpin pergerakan penunjuk perasaan berkata, mereka akan terus berada di situ.

Pada hujung minggu lalu, penunjuk perasaan dilihat terjun ke dalam kolam renang, berehat di atas katil dan menggunakan peralatan atau kelengkapan rumah ada di kediaman tersebut. -AFP

Berita berkaitan
PM Sri Lanka sah akan letak jawatan
Krisis Sri Lanka: 85 rakyat Malaysia dinasihat tidak keluar rumah
Sri Lanka akan henti cetak wang sepenuhnya
Rakyat Sri Lanka kembali memasak dengan kayu api

Media Baharu