fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh hubungan dengan China

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Malaysia akan terus komited menjaga hubungan yang positif dengan semua negara, terutamanya China.

Ia berikutan, Malaysia berpegang teguh kepada dasar luar negara yang mengutamakan proses libat urus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, pendirian negara berdasarkan keyakinan terhadap keamanan dan kemakmuran yang berteraskan kepada penglibatan pelbagai pihak berbanding sesuatu yang bersifat eksklusif.

"Pada masa sama, Malaysia akan terus mengukuhkan hubungan perdagangan, mencari peluang pelaburan dan mempromosikan hubungan antara rakyat dengan rakyat bersama China.

Dalam bahasa mudahnya, Malaysia akan membina 'jambatan penghubung' dan bukannya 'tembok pemisah' dalam hubungan dua hala ini," katanya.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di sini.

(Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah membacakan teks ucapan Perdana Menteri pada majlis
makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)

Tambahnya, Malaysia akan komited dalam BRICS PLUS dan sentiasa menyokong inisiatif China berhubung perkara itu.

Hubungan dagangan antara Malaysia-China telah berkembang secara purata 16 peratus sepanjang dua tahun lepas.

Media Baharu