fb fb fb fb fb

Lebih 8,000 premis dipasang penggera automatik - JBPM

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 21 Julai- Sebanyak 8,500 premis berisiko terbakar telah dipasang penggera automatik.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, pemasangan itu bagi memastikan pihak bomba bertindak dengan cepat sekiranya berlaku kebakaran.

"Ini satu sistem yang dapat memberi input awal kepada jabatan bomba sekiranya berlaku kemalangan. Tidak semua bangunan terlibat dengan pemasangan sistem ini. Ia ditetapkan kepada semua bangunan yang ditetapkan, tertakluk dalam akta bomba," katanya selepas menandatangani Kontrak Perjanjian Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) antara JBPM dengan Iscada Net Sdn. Bhd dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Julai 2023 Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.

Dalam majlis sama, beliau turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JBPM dan Sirim QAS International Sdn. Bhd.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan satu perjumpaan bersama Premier Sarawak, Tan Seri Abang Johari Tun Openg akan diadakan bulan depan bagi membincangkan berkenaan tapak tanah membina pangkalan udara di negeri tersebut.

"Untuk Sabah sebenarnya saya telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah tentang keperluan tapak ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bersedia membantu pihak bomba bagi mewujudkan pangkalan udara khusus untuk negeri Sabah. Ia menjadi fokus utama kita untuk mengembangkan operasi udara," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu