Lebih 30 syarikat China minat melabur di Johor

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 4 Mei – Lebih 30 syarikat dari China menunjukkan minat untuk melabur dan mengembangkan operasi mereka di Johor susulan lawatan kerja kerajaan negeri ke negara berkenaan baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan pelabur asing terhadap Johor kekal tinggi walaupun wujud ketidaktentuan geopolitik global.
  • Kerajaan negeri akan mempergiat usaha menarik pelaburan asing dan memperkukuh jaringan kerjasama strategik.
  • Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disasarkan menjadikan Johor destinasi pelaburan serantau dan memanfaatkan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan positif itu membuktikan tahap keyakinan tinggi pelabur asing terhadap Johor meskipun dunia ketika ini berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

“Hasil lawatan kami, lebih 30 syarikat menunjukkan minat untuk mengembangkan operasi di kawasan JS-SEZ,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus mempergiat usaha menarik lebih banyak pelaburan asing selain memperkukuh jaringan kerjasama strategik bagi memperluas peluang ekonomi di Johor.

Tambahnya, beberapa syarikat eksport turut dikenal pasti mempunyai potensi besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus meningkatkan daya saing Johor di peringkat antarabangsa.

Datuk Onn Hafiz berkata, komitmen berterusan itu selari dengan agenda pembangunan Johor untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama serantau menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

menegaskan, kerajaan negeri komited memastikan manfaat hasil negeri dapat diterjemahkan secara langsung kepada kesejahteraan rakyat Johor.