KUALA LUMPUR, 2 Jun- Inisiatif baucar buku untuk murid dan pelajar sekolah mendapat sambutan, amat menggalakkan.
Lebih 23,000 baucar telah ditebus, menggunakan aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital, sehingga kini.
Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan menasihati murid dan pelajar yang belum menebus baucar buku masing-masing, agar menggunakannya bagi mendapatkan bahan bacaan yang terbaik.
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar hingga 31 Disember ini.
Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM50 dan RM100, melibatlan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institut Pendidikan Guru.