fb fb fb fb fb

Lebih 13,000 pelajar terima manfaat penggunaan percuma stadium

Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Sejak oktober 2023, lebih 13,000 pelajar menerima manfaat inisiatif penggunaan percuma kemudahan stadium bagi penganjuran kejohanan sukan di peringkat sekolah.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, inisiatif pengecualian sewaan kepada sekolah itu bertepatan dengan usaha kementerian untuk merakyatkan penggunaan kemudahan sukan di peringkat akar umbi.

"Sebelum inisiatif pengecualian sewaan ini dilaksanakan, kadar sewaan sebanyak RM3,000 dikenakan bagi penggunaan separuh hari Stadium Nasional Bukit Jalil dan RM5,000 untuk penggunaan satu hari.

"Bagi sekolah-sekolah bukan milik kerajaan, mereka perlu membayar sewa RM4,000 untuk penggunaan separuh hari dan RM8,000 untuk penggunaan satu hari," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di ibu negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau
berkenaan pengecualian sewa kepada pihak sekolah yang menggunakan kemudahan stadium untuk tujuan penganjuran kejohanan majlis sukan-sukan sekolah
atau menjalankan latihan, selain daripada mengenakan bayaran yuran utiliti

Hannah berkata inisiatif itu dibuka kepada semua sekolah melibatkan penggunaan trek dan kemudahan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI