fb fb fb fb fb

Lebih 100 jemaah sertai solat jenazah ghaib, Ismail Haniyeh di Masjid Negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Lebih 100 jemaah menyertai solat jenazah ghaib ke atas pemergian pemimpin utama Hamas Ismail Haniyeh yang berlangsung di Masjid Negara selepas solat Maghrib.

Ia sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin menentang kezaliman rejim Zionis.

Solat berkenaan diketuai Imam Kanan Masjid Negara Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Selain masjid negara, dua lagi masjid utama iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya turut melaksanakan solat jenazah ghaib.

Turut terlibat masjid-masjid dan surau-surau bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Terdahulu Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Setia Dr Mohd Naim Mokhtar, meminta kerjasama masjid-masjid bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakan solat jenazah ghaib ke atas almarhum.

Ismael Haniyeh dibunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

TETITIA YUSOFF