fb fb fb fb fb

Lawatan Anwar ke Vietnam disifatkan berjaya

(Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

VIETNAM, 21 Julai- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam disifatkan berjaya memandangkan beliau bersama delegasi mendapat sambutan sangat baik dalam rangka lawatan kerja dua hari ke negara itu.

Anwar berkata hasil lawatan kerja itu juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Tambahnya, dapatan hasil lawatan tersebut juga beliau berharap, Malaysia perlu mengambil serta berkongsi pengalaman dengan Vietnam terutama dalam membangunkan ekonomi serta negara.

Ini memandangkan ekonomi serta pembangunan Vietnam mampu berkembang dengan pesat.

Vietnam juga dilihat mampu mentadbir negara dengan baik termasuk dalam menangani rasuah.

"Vietnam boleh meningkat maju dalam masa singkat. Negara itu juga mempunyai ekonomi yang menggerunkan, menakjubkan dan antara negara membangun yang berkembang serta berjaya di dunia. Ini bermakna tadbir urus diutamakan, membersihkan negara daripada pengaruh yang melemahkan sendi negara itu," katanya dalam sidang media khas di lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam.

Dalam lawatan itu juga, Anwar serta delegasi melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Vo Van Thuong.

Anwar menzahirkan rasa puas hati terhadap hubungan erat yang terjalin di antara Malaysia dan Vietnam.

Selain, menerangkan dasar-dasar baharu negara kepada Presiden Vietnam.

Malaysia dan Vietnam mempunyai kerjasama ekonomi yang kukuh dan masih terdapat banyak peluang kerjasama baharu yang boleh diteroka kedua-dua negara terutamanya dalam bidang pertanian dan industri halal.

Beliau turut mengambil kesempatan menjemput Presiden Vietnam untuk berkunjung ke Malaysia dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Anwar berkata syarikat Malaysia digalakkan menembusi pasaran halal di Vietnam bagi memajukan industri halal di negara tersebut.

Industri halal dilihat sebagai satu platform dalam mempromosikan peluang perniagaan halal dalam kalangan pemain industri, sekali gus membantu Vietnam memasuki pasaran eksport ke negara Islam.


(Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

Artikel Berkaitan
PM dan isteri berkesempatan lawat Book Street Hanoi
PM puji resolusi UNHRC bendung kebencian agama

Media Baharu