(Foto fail)
PUTRAJAYA, 21 Julai- Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lepas berikutan insiden pembakaran teks al-Quran di luar masjid di Stockholm ketika perayaan Aidiladha adalah langkah bijanksana dan terpuji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menegaskan, sebarang bentuk provokasi dan demonstrasi berhubung kait agama yang boleh mencetuskan kebencian sejagat perlu ditangani secara rasional dan bertoleransi.
Hak kebebasan bersuara bukan tiket untuk membenarkan tindakan berunsur kebencian dan kekejaman bermodalkan idea menentang kezaliman dilakukan secara berleluasa dan sewenang-wenangnya.
Perdana menteri berkata tindakan itu bercanggah dengan hak asasi manusia,
Tanggapan ekstremis tentang kebebasan sangat merugikan masyarakat, malah boleh membawa kepada pelanggaran hak individu untuk hidup dengan jaminan keselamatan yang baik.
"Islamofobia adalah racun yang bukan hanya mengancam umat Islam seluruh dunia tetapi juga negara-negara Barat.
"Sehubungan itu, seluruh masyarakat sejagat perlu mengimbangi dan meraikan perbezaan dengan sikap ihsan, ambil berat, saling mendukung dan menghormati antara satu sama lain, di samping mencari titik pemahaman dan persamaan," kata Anwar.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia, selain berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan berpandukan pendirian sama.
(Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan menegaskan, tangani provokasi terhadap agama
secara rasional, bertoleransi