BANDAR SUNWAY, 21 Julai- Lebih banyak peluang kerjasama perlu diteroka terutama di peringkat ASEAN dalam bidang tenaga boleh baharu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru semua negara serantau bekerjasama, merangka dasar dan pelan hala tuju menjurus kepada kemampanan serantau.
Selain menyokong usaha menangani perubahan iklim, pelaburan mampan merentas pelbagai sektor juga mampu mencipta peluang ekonomi bidang baharu.
"ASEAN perlu bersama-sama dalam pelbagai isu termasuk pembiayaan berkaitan iklim yang saksama, selain pelaksanaan strategi berkaitan ESG, perubahan iklim dan peralihan tenaga.
"Kerjasama perlu digembleng bukan sekadar sesama kerajaan tetapi juga dalam kalangan masyarakat sivil dan perniagaan," katanya.
Beliau berucap pada sesi Bengkel Pembangunan Mampan ASEAN 2023, di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Nik Nazmi turut berkongsi usaha dilakukan Malaysia bagi mencegah perubahan iklim, antaranya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) yang bakal dilancarkan minggu depan.
(Lebih banyak peluang kerjasama perlu diteroka terutama
di peringkat ASEAN dalam bidang tenaga boleh baharu/Foto fail)