fb fb fb fb fb

MITM 2023 sasar jualan RM15 juta

IPOH, 21 Julai- Sebanyak RM15 juta jualan disasarkan sepanjang Pameran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) 2023 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini, di sini.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee berkata pameran dijangka menarik kehadiran 20,000 pengunjung.

Sekali gus merupakan satu langkah mempromosi Perak kepada pelancong, bersempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Melibatkan 63 reruai yang menawarkan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar negara, MITM 2023 turut menyediakan diskaun RM300 bagi pembelian pakej dari luar negara seperti China, Taiwan, Eropah, Vietnam dan Thailand.

Manakala diskaun RM50 untuk pakej produk pelancongan tempatan.

"Sasaran mereka adalah sebanyak RM15 juta jualan dalam tiga hari ini dan juga menyasarkan 20,000 pengunjung.

"Tahniah kerana telah berjaya mengadakan pameran ini dan ia merupakan salah satu langkah kita untuk mempromosikan Perak dalam Tahun Melawat Perak 2024," katanya.

(Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan
Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee)

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian MITM 2023, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai persediaan Tahun Melawat Perak 2024, Sze Yee berkata kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM7 juta bagi menaik taraf sektor pelancongan di negeri itu.

Selain tujuan promosi, ia juga bagi menaik taraf papan dan mercu tanda, penyelenggaraan jalan serta pencahayaan di kawasan pelancongan.

Media Baharu