fb fb fb fb fb

Diaspora Malaysia di Vietnam hargai sokongan kerajaan

(Datuk Seri Anwar berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia)

HANOI, 21 Julai- Memperluas kerjasama dan meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua negara dilihat mampu meningkatkan potensi pelaburan di Vietnam.

Itu reaksi diaspora Malaysia yang ditemui selepas majlis beramah mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Bagi syarikat pelabur, potensi pelaburan di Vietnam harus dilihat secara positif dan perlu dilaksanakan dengan sokongan kerajaan.

"Potensi perniagaan Malaysia masuk Vietnam dilakukan menerusi MATRADE. Melalui MATRADE kita boleh menjalin kerjasama antara pelabur dengan kerajaan seperti dalam membekalkan bahan mentah. Kita sentiasa menyokong dewan perdagangan Malaysia," kata Setiausaha Kehormat Malaysia Business Chamber Vietnam, Evonne Chan.

"Bagus, Vietnam adalah negara yang sedang mengembang dengan amat cepat sebab FDI datang sini. Saya rasa penyertaan syarikat Malaysia kurang berbanding dengan Singapura, Korea dan Jepun.

"Saya fikir lawatan rasmi PMX (Perdana Menteri ke-10) adalah bagus. Kedua-dua negara boleh meluaskan lagi kerjasama sedia ada," kata Ketua Pengarah Noi Bai Industrial Zone, John Au.

"Banyak potensi di Vietnam terutama sektor perkilangan yang operasinya sedang beralih kepada teknologi berpusat," kata Presiden Malaysia Business Chamber Vietnam, Datuk Theng Bee Han.

Lawatan sulung Anwar selama dua hari cukup bermakna buat rakyat Malaysia di sini bukan sahaja membawa pelaburan dari Malaysia, malah membuka jalan hubungan perdagangan antara dua negara.

Dalam majlis sama, perdana menteri meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang menetap di Vietnam di samping mengadakan dialog bersemuka merangkumi pelbagai perkara.

(FB Anwar Ibrahim)


Media Baharu