fb fb fb fb fb

Kapal terbalik, laut gelora menyukarkan operasi pencarian mangsa

SEBUYAU, 21 Julai- Laut bergelora selain kadar penglihatan terhad antara cabaran dalam operasi pencarian lapan mangsa kapal terbalik di perairan Sebuyau.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama pasukan polis marin di lokasi nahas mendapati keadaan laut bergelora juga menyukarkan sebarang operasi penyelaman.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, perjalanan ke lokasi nahas juga mengambil masa sekitar 40 minit dari jeti Sebuyau yang terletak di 7.8 batu nautika.

"Maritim Malaysia percaya pada hari kejadian, kapal mungkin terbalik disebabkan gelombang tidak kurang daripada 15 meter tinggi.

"Bukan mudah untuk sesebuah kapal itu terbalik kecuali disebabkan pukulan ombak besar," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lalu, sebuah kapal kargo karam di laut Sebuyau bersama lapan anak kapal.

Kapal membawa muatan batu dalam pelayaran dari Kuching ke Sibu itu dipercayai karam di kedudukan 12 batu nautika dari Muara Tebas sekitar pukul 11.00 malam.


(Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama pasukan polis marin di lokasi
nahas mendapati keadaan laut bergelora juga menyukarkan sebarang
operasi penyelaman)

Media Baharu