fb fb fb fb fb

LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 November- Sebanyak 38 organisasi dan pemimpin yang menerajui prinsip kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) serta amalan nilai mampan ditempat kerja telah menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah 'Life At Work' (LAWA) 2024.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong memaklumkan penganjuran itu mencerminkan komitmen kementeriannya terhadap kepentingan dasar mesra pekerja selaras dengan visi Malaysia MADANI.

"Penyertaan daripada syarikat di Malaysia ini sebanyak 200 penyertaan menunjukan bahawa DEI khususnya ia bukan suatu perkara yang tidak muhasabah ataupun satu perkara yang mustahil malah banyak syarikat yang telah melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada pekerja khususnya dalam aspek DEI," katanya.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam sidang media selepas majlis anugerah itu yang diadakan di ibu negara.

Dalam pada itu beliau berharap anugerah itu mampu memberikan motivasi dan dorongan kepada syarikat serta majikan di Malaysia untuk terus melaksanakan dasar mesra pekerja yang mengangkat kebajikan, kemahiran dan keberhasilan dalam kalangan pekerja mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE