AYER KEROH, 3 Disember- Latihan asas menyelamat yang diberikan kepada Pasukan Bantuan Pertahanan Awam Tindak Balas Kecemasan (CDA-ERT) APM menunjukkan keberkesanannya.
Ia terutama pada bencana banjir yang sedang berlaku di negeri Pantai Timur ketika ini.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata pasukan ini membantu sebagai responden pertama dalam mendepani bencana.
"Keberkesanan dalam latihan awal itu nampak meningkat daripada tahun-tahun sebelum dan juga komitmen daripada masyarakat mengenai kesedaran untuk berpindah awal itu kita ucapkan terima kasih, cuma kita harapkan kesedaran itu diperluaskan lagi," katanya.
Beliau ditemui selepas Penyerahan Sijil Penubuhan CDA-ERT kepada 63 anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melaka di Ayer Keroh.
Sijil disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.