fb fb fb fb fb

Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil

Datuk Seri Anwar beramah mesra dengan penjawat awam selepas menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya

PUTRAJAYA, 1 April- Langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil bukan sahaja daripada sudut peningkatan pelaburan, malah Malaysia menerima pengiktirafan negara luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan kesungguhan kerajaan, penjawat awam dan sektor awam dalam melaksanakan program perubahan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu termasuk penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 yang menjadikan kerajaan lebih berdisiplin dalam fiskal dan ekonomi negara diurus dengan lebih baik.

" FRA itu bermakna Menteri Kewangan mengambil keputusan menyerahkan sebahagian tugasnya supaya dipantau secara langsung oleh Parlimen, dia tidak terlepas seperti biasa.

"Itu sebab saya lakukan, kerana ini juga akan bantu menambah keyakinan kepada masyarakat, pelabur domestik dan luar negara,"katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE