fb fb fb fb fb

Kurangkan pelepasan gas rumah hijau, organisasi perlu ada rangka kerja ESG

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad bergambar bersama warga UPM pada Majlis Perasmian Projek Hijau Hopea Odorata di UPM / Foto Bernama

SERDANG, 23 Oktober - Setiap organisasi disaran untuk mengimplementasikan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) sebagai usaha menyokong pengurangan pembebasan gas rumah hijau.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menangani krisis perubahan iklim yang semakin memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi.

"Setiap organisasi di negara ini perlu mempunyai rangka kerja ESG masing-masing, yang akan membantu mempercepatkan hasrat negara dalam era di mana isu alam sekitar, sosial, dan tadbir urus menjadi fokus perbincangan global," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Hijau Hopea Odorata di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN