Tiada kes penyakit berkaitan jerebu direkod di fasiliti kesihatan di Perak – Exco

Exco Perak, Datuk A. Sivanesan ketika sidang media selepas melawat ke lokasi insiden kemalangan maut ketika operasi di sebuah kuari di Simpang Pulai / Foto RTM

IPOH, 18 September – Tiada kes penyakit berkaitan jerebu dilaporkan di fasiliti kesihatan di Perak setakat ini, meskipun bacaan Indeks Pencemar Udara, IPU di lima stesen pemantauan negeri itu berada pada tahap tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemantauan penyakit berkaitan jerebu dijalankan sepanjang tahun melalui fasiliti kesihatan terpilih.
  • Fasiliti sentinel jerebu Kementerian Kesihatan merangkumi hospital dan klinik berdasarkan lokasi sistem pemantauan kualiti udara.
  • Antaranya Hospital Raja Permaisuri Bainun; Klinik Kesihatan Simi, Menglembu, Kamunting, Sitiawan dan Tanjung Malim.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, pemantauan penyakit berkaitan jerebu dijalankan sepanjang tahun menerusi fasiliti kesihatan terpilih.

“Fasiliti sentinel jerebu Kementerian Kesihatan merangkumi hospital dan klinik kesihatan yang dipilih berdasarkan lokasi sistem pemantauan kualiti udara.

Antaranya Hospital Raja Permaisuri Bainun, Klinik Kesihatan Simi, Menglembu, Kamunting, Sitiawan dan Tanjung Malim,” katanya dalam sidang media selepas melawat ke lokasi insiden kemalangan maut ketika operasi di sebuah kuari di Simpang Pulai, Isnin lalu.

Setakat jam 11 pagi tadi, Tasik Ipoh merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 185, diikuti Sri Manjung 180, Taiping 156 dan Tanjung Malim 154.

Walaupun beberapa lokasi mencatat bacaan tidak sihat, pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan sebarang peningkatan kes penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara dan jerebu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.