Kuching, Samarahan, Sri Aman rekod IPU sangat tidak sihat

Foto fail

KUALA LUMPUR, 4 September – Tiga kawasan di Sarawak merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.30 pagi Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuching (298), Samarahan (274) dan Sri Aman (248) merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat.
  • Sepuluh kawasan lain mencatat IPU tidak sihat; enam daripadanya di Sarawak termasuk Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju, ILP Miri.
  • Sabah merekodkan Sandakan (152) dan Kota Kinabalu (118) pada tahap tidak sihat.
  • Secara keseluruhan, 42 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan baik.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan itu ialah Kuching dengan bacaan IPU (298) , Samarahan (274) dan Sri Aman (248).

10 kawasan pula merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan enam daripadanya di Sarawak iaitu Sarikei (180), Sibu (175), Mukah (170), Bintulu (159), Samalaju (152) dan ILP Miri (137.

Dua kawasan di Sabah yang turut merekdokan bacaan IPU tidak sihat ialah Sandakan (152) dan Kota Kinabalu (118).

Di Semenanjung, dua kawasan di Johor merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu Pasir Gudang (110) dan Segamat (107)

Sementara itu, 43 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala 10 kawasan mencatatkan bacaan baik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.