KPT perkukuh TVET dan program mikrokredensial tangani ketidakpadanan kemahiran graduan

Forum Menteri bertemakan ‘Education: From National Idea to National Action’ bersempena Festival Idea Putrajaya 2026/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 November – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memberi tumpuan kepada usaha menangani ketidakpadanan kemahiran graduan dengan keperluan industri, meskipun kadar pekerjaan graduan negara berada pada tahap tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu tangani ketidakpadanan kemahiran graduan untuk tingkatkan kualiti dan kesesuaian dengan keperluan industri.
  • Pengukuhan TVET diberi penekanan untuk perluas peluang peningkatan kemahiran dan padankan graduan dengan sektor pekerjaan.
  • Pelaksanaan program mikrokredensial bersama pihak berkepentingan tingkatkan kebolehpasaran serta kemahiran khusus pelajar.
  • Pelan pendidikan tinggi perlu lebih fleksibel untuk memperluas akses, penuhi keperluan generasi masa depan dan imbangi AI dengan nilai kemanusiaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan data 2025, pencapaian kadar pekerjaan graduan universiti awam, politeknik dan kolej komuniti menunjukkan perkembangan positif dalam sektor pendidikan tinggi negara.

Bagaimanapun, pencapaian itu belum memadai memandangkan isu ketidakpadanan kemahiran masih menjadi cabaran yang perlu ditangani bagi meningkatkan kualiti graduan.

Justeru, kementerian memberi penekanan kepada pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) selain memperluas peluang peningkatan kemahiran.

“Kita sentiasa berdepan cabaran dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan. Sehubungan itu, kita turut bekerjasama melaksanakan pelbagai program mikrokredensial bagi meningkatkan kemahiran pelajar. Melalui pendekatan ini, kita berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada mereka,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan pelan pendidikan tinggi negara yang lebih fleksibel bagi memperluas akses pendidikan serta memenuhi keperluan generasi masa depan.

“Pembangunan kecerdasan buatan (AI) juga perlu diseimbangkan dengan pemupukan nilai kemanusiaan dan pembentukan sahsiah,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian pada Forum Menteri bertemakan ‘Education: From National Idea to National Action’ bersempena Festival Idea Putrajaya 2026 di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.