Melaka rancang pelbagai program meriahkan penutupan TMM 2.0

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 yang berlangsung hujung tahun lalu./ Foto fail BERNAMA

MELAKA, 19 November – Pelbagai program pelancongan dirancang bagi memeriahkan penutupan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0, termasuk Sambutan Hari Natal dan Ambang Tahun Baharu 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program akan mengetengahkan kepelbagaian budaya dan mempromosikan tarikan pelancongan negeri.
  • Tourism Melaka bersedia melaksanakan sambutan yang mungkin lebih meriah dengan pelbagai program.
  • Lokasi penganjuran akan dimaklumkan selepas mesyuarat bersama Ketua Menteri dan Exco Pelancongan negeri.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Nasrul Ahmad berkata, kedua-dua program berskala besar itu akan mengetengahkan kepelbagaian budaya selain mempromosikan tarikan pelancongan negeri berkenaan.

“Tourism Melaka bersedia untuk melaksanakan sambutan pada tahun ini yang mungkin akan lebih meriah dengan pelbagai program yang akan kita laksanakan untuk Ambang Tahun Baharu 2027,” katanya.

Bagaimanapun, lokasi penganjuran kedua-dua program berkenaan akan dimaklumkan kemudian selepas mesyuarat bersama Ketua Menteri dan Exco Pelancongan negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran kolaborasi Mamee X Hard Rock Cafe Melaka sempena ulang tahun ke-55 Mamee, yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Banda Hilir, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.