KPM pastikan projek sekolah baharu, gantian disiapkan

Pembangunan infrastruktur pendidikan menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS)

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebanyak 131 projek pembinaan sekolah baharu serta sekolah gantian diluluskan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM14.789 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPM meluluskan pelan pembinaan sekolah secara berperingkat antara 2023 dan 2027.
  • Pembangunan termasuk sekolah baharu, sekolah gantian, penggantian bangunan dan pengubahsuaian menggunakan kaedah IBS.
  • Tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak bagi merapatkan jurang pendidikan serta memastikan akses berkualiti bagi semua murid.
  • Perancangan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan keadaan fizikal, tahap keselamatan dan keperluan semasa demi keselesaan pelajar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan sembilan sekolah diluluskan pada 2023, diikuti 26 sekolah dan 44 sekolah, masing-masing pada 2024 dan 2025.

“Tahun ini pula, 38 sekolah telah diluluskan dan 14 lagi dijadual diluluskan pada 2027.

“Pembangunan infrastruktur pendidikan itu merangkumi pembinaan sekolah baharu, sekolah gantian, penggantian bangunan serta kerja pengubahsuaian menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Tumpuan khusus diberi kepada Sabah dan Sarawak bagi memastikan jurang pendidikan dirapatkan serta memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara adil semua murid tanpa mengira lokasi,”katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) peringkat dasar bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan, KPM juga sedia memberi tumpuan dan keutamaan kepada penyediaan kemudahan yang selamat, kondusif serta berkualiti, khususnya di kawasan luar bandar.

Mengulas lanjut, perancangan pembangunan serta naik taraf pembangunan bakal dilaksana secara berfasa berdasarkan keadaan fizikal bangunan, tahap keselamatan dan keperluan semasa demi keselesaan dapat dinikmati semua pelajar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.