fb fb fb fb fb

KPM cadang wujud Jawatankuasa Khas tangani keciciran calon SPM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menimbang untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur calon Sijil pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bertujuan mengesan pelajar yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM agar mereka  tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Kong menegaskan pihaknya sedang merangka pelan intervensi dengan melaksanakan pemerkasaan terhadap program-program yang sedia ada.

"Kerjasama ini juga melibatkan Program Pecutan SPM 2024.

"Pelaksanaan program ini dijalankan secara berfokus dan melibatkan 16 buah negeri", kata beliau ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad mengenai usaha KPM untuk mengurangkan keciciran pelajar dalam SPM.

Tambah Woh, pemerkasaan Sistem Pengesanan Lepasan SPM melalui Sistem e-Profil Kerjaya Murid turut digunakan bagi membantu pihak sekolah merancang program yang sesuai.

Ia bagi memberikan kesedaran terhadap murid mengenai kepentingan menuntut ilmu, mengembangkan potensi, kecenderungan, sikap, minat dan hala tuju kerjaya.

Terdahulu, KPM melaporkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM tidak hadir bagi menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD