fb fb fb fb fb

KPDN Pulau Pinang tahan dua lelaki seleweng diesel bersubsidi

FOTO KPDN PULAU PINANG

SIMPANG AMPAT, 2 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersudsidi di sebuah stesen minyak sekitar Bagan menerusi OPS TIRIS 3.0 semalam. 

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya  merampas 4,200 liter minyak diesel yang tersimpan di dalam enam unit IBC Tank di dalam lori milik lelaki tersebut. 

Nilai rampasan minyak terbabit dianggarkan bernilai RM9,030.

Turut dirampas dua buah motolori bonded dan empat set motor pam beserta hos paip.

Keseluruhan nilai rampasan yang dianggarkan bernilai RM41,430.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE