fb fb fb fb fb

KP Pendidikan Tinggi ziarah keluarga Allahyarham Ku Adib

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa kepada ibu bapa Allahyarham, Hafizah Iszahanid dan Ku Azmi Saad/ Foto UiTM

SHAH ALAM, 11 Oktober- Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman menziarahi keluarga Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, di kediaman mereka di Sungai Buloh.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam kenyataan ringkas berkata, Azlinda turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa kepada ibu bapa Allahyarham Ku Adib, Hafizah Iszahanid dan Ku Azmi Saad.

"Pihak UiTM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan akan terus memberikan sokongan moral serta bantuan yang diperlukan.

"Turut menyertai ziarah tersebut adalah beberapa pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM," katanya.

Dalam pada itu Azlinda turut menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UiTM akan terus memberi sokongan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi situasi itu.

Ziarah tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi.

Kejadian malang itu menyebabkan tiga pelajar terkorban di tempat kejadian, iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor; dan Muhammad Akhmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor.

Manakala seorang lagi pelajar, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, sedang menerima rawatan di Hospital Dungun.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dibawa ke Masjid UiTM Terengganu, Kampus Sura Hujung, untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di lokasi masing-masing.

Jenazah Ku Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliyah, Saujana Utama, Sungai Buloh; Khairil Anwar di tanah perkuburan Ukay Perdana, Ampang; dan Muhammad Akhmal di tanah perkuburan Kampung Parit, Batu 18, Ayer Itam, Muar, Johor.

 

BERITA BERKAITAN

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI