ALOR SETAR, 30 Disember– Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, Kedah dibuka semula pada pukul 7.30 malam ini selepas lulus penilaian keselamatan terakhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
- Landasan LTSAH dibuka semula pada 7.30 malam selepas lulus penilaian keselamatan CAAM.
- MAHB maklumkan operasi penerbangan disambung semula dan berjalan seperti biasa.
- Penumpang dinasihatkan semak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.
- Sebuah Boeing 737 alami insiden dipercayai tayar terbakar semasa pelepasan ke Kuala Lumpur.
- Semua 155 penumpang dan empat kru selamat dikeluarkan dan dibawa ke terminal.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook bahawa operasi penerbangan disambung semula dan berjalan seperti biasa.
“Penumpang dinasihatkan untuk memeriksa perjalanan penerbangan dengan syarikat penerbangan berkaitan bagi perkembangan terkini,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, sebuah pesawat Boeing 737 yang sedang berlepas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur mengalami insiden dipercayai tayar terbakar semasa pelepasan.
Bagaimanapun, juruterbang berjaya melakukan brek kecemasan sepenuhnya.
Kesemua 155 penumpang dan empat krew berjaya dikeluarkan dan dibawa ke terminal.
Setakat ini, laporan rasmi mengenai kejadian masih belum dikeluarkan oleh MAHB.