fb fb fb fb fb

Keluarga pelajar UiTM Dungun maut dirempuh SUV terima RM10,000 sumbangan KPT

Foto BERNAMA

KANGAR, 10 Oktober - Setiap keluarga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dirempuh sebuah SUV di Jalan Pantai Sura, Terengganu semalam menerima RM10,000 sumbangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kementerian itu turut membantu menguruskan penghantaran jenazah ke kampung halaman masing-masing.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya juga sedang melihat keperluan lain yang boleh disalurkan kepada keluarga mangsa.

"Jadi dari segi kebajikan memang kita cuba yang terbaik untuk membantu keluarga sehingga kita ada juga pakar-pakar kaunseling kita yang dihantar untuk membuat kaunseling kepada keluarga terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi 'Talk To Us' di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra.

Datuk Mustapha turut menyarankan supaya aspek keselamatan dipertingkat, terutama kepada pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Ini termasuk melaksanakan semula tayangan video mengenai keselamatan yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.

Trainee2