fb fb fb fb fb

STEM siapkan belia hadapi kemajuan industri kreatif

Teo Nie Ching (tengah) merasmikan CIRc8 2024 di Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA, 11 Oktober - Pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) menjadi pendorong mempersiapkan generasi muda negara beradaptasi dengan kemajuan pesat teknologi industri kreatif digital

Sehubungan itu, usaha bagi membuka peluang kepada belia menceburi industri kreatif digital itu adalah diperlukan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia memandangkan saiz pasaran industri itu diunjurkan mencecah AS$687.4 bilion iaitu hampir RM3 trilion menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 9.97 peratus antara 2020 dan 2027.

Jelas beliau, subsektor dalam industri teknologi kreatif juga berkembang maju contohnya, saiz pasaran animasi global yang diramal meningkat kepada lebih AS$587 bilion atau RM2.5 trilion menjelang 2030.

"Untuk memastikan industri ini terus berkembang, kita memerlukan bakat dan pekerja mahir. Inilah sebab, kita perlu memupuk minat terdapat anak-anak muda kita terhadap STEM dan industri ini, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Cyberjaya Digital Creative Circuit (CIRc8) 2024 di sini.

CIRc8 dianjurkan sebagai platform penyatuan kreativiti digital dan inovasi teknologi dalam kalangan pemain industri di Cyberjaya.

Beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Animonsta Studios Sdn Bhd dan Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) serta pertukaran surat niat (LoI) antara TODAK Holdings Sdn Bhd dan Cyberview.

Trainee2