fb fb fb fb fb

Wanita rempuh tiga penuntut UiTM hingga maut direman

Foto RTM

Kuala Terengganu, 10 Oktober- Seorang wanita yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam tadi, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nur Amira Fatihah Osman selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Suspek berusia 49 tahun itu dipercayai pesakit mental.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Dalam kejadian malam tadi, wanita terbabit yang memandu kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal yang dinaki empat pelajar berkenaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampus. 

Tiga mangsa maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25 tahun. 

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20 tahun menerima rawatan lanjut di Hospital Dungun.

Trainee