fb fb fb fb fb

Hanya dua PPS di Perlis masih beroperasi

FOTO FAIL

KANGAR, 11 Oktober - Situasi banjir di Perlis semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan dementara (PPS) yang masih beroperasi setakat pukul 3.00 petang tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa dalam kenyataan berkata, dua PPS berkenaan kini menempatkan 146 penduduk daripada 49 keluarga masing-masing di Kangar dan Arau.

"Di PPS SK Sena di Kangar seramai 139 penduduk daripada 47 keluarga masih ditempatkan. Manakala di PPS SK Arau hanya dua keluarga yang terdiri daripada tujuh penduduk masih menghuni PPS berkenaan," katanya.

Tinjauan RTM di sebelah petang juga mendapati paras air di beberapa Kawasan kampung di sekitar Kangar dan Arau berkuragan dengan drastik.

Cuaca di Perlis hari ini dilaporkan cerah dan tiada hujan.

TETITIA YUSOFF