
BARCELONA, 23 Mac- Tandukan Ronald Araujo pada minit ke-24 membantu Barcelona menewaskan Rayo Vallecano, 1-0 dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou.
- Barcelona kini di puncak La Liga, berkelebihan tujuh mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid.
- Penjaga gol Joan Garcia turut memainkan peranan besar dan berkata pasukan perlu menang sebelum rehat antarabangsa.
- Real Madrid dijadual bertemu Atletico Madrid di Stadium Bernabeu awal pagi ini, mempengaruhi persaingan liga.
Kemenangan itu turut membolehkan Barca yang berada di puncak liga, berkelebihan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid.
Tandukan Araujo itu menerjah gawang lawan selepas menerima hantaran baik menerusi sepakan sudut diambil Joao Cancelo.
Di sebalik kemenangan tipis itu, penjaga gol tuan rumah, Joan Garcia turut memainkan peranan besar.
“Kami tahu betapa pentingnya perlawanan ini sebelum rehat antarabangsa. Kami telah melakukannya.
“Tetapi benar kami agak menderita daripada apa yang kami inginkan.
“Kami tahu kami perlu menang dan apa yang dilakukan pasukan lain bukan urusan kami,” kata Garcia kepada stesen penyiar sukan, DAZN.
Dalam pada itu, Real Madrid dijadual bertemu Atletico Madrid di Stadium Bernabeu, awal pagi ini. -AFP